"Andai tak pandai, Belajar...
Andai tak tahu, Bertanya...
Andai tak mampu, Berusaha...
Andai tak terluah, Berahsia..."
Andai tak tahu, Bertanya...
Andai tak mampu, Berusaha...
Andai tak terluah, Berahsia..."
Lumrah insani, terlalu kerap berandaian. Kekadang andaian menjurus kelemahan, tika lain andaian membuah kekuatan.
Kata diri ini, berandaianlah. Tiada salah jiwa dibiar mengandai jauh. Tiada salah diri dihanyut dengan andaian liar. Asal cuma, andaian itu berpaksi pada tunjang yang kukuh.
Diri ini turut suka mengandai. Ada masa melihat diri, mengandai itu ini. Mengandai, bertanya kekuatan sendiri. Ah, diri ini tiada apa-apa, takulan si pengandai tiada yakin pada kendiri. Masa lain, melihat kelibat manusiawi, mengandai meneka peribadi. Membezakan diri, timbul iri hati, kekadang mensyukuri, semua sebab andaian. Baik benar, baik bohong, ianya cuma andaian.
Sudah puas diri berandai, diri balik memuhasabah diri. Insan lain berandai membuah kekuatan, kenapa diri tiada mampu berandai sama? Diri mengandai, kita sama, kita serupa, berandai benda setara.
Jadi, mengandailah fikiran tiada sama seperti mereka yang lain. Mengandailah ia di luar kebiasaan diri, mengandai suatu kelaianan.
Lain apa? Lain bagaimana?
Andailah sendiri.
Tidak salah mengandai orang..
ReplyDeleteNamun jgn cepat mengadili org itu.
Usah dilihat luarannya saja.
Paling penting adalah dalamannya. Walaubagaimanapun,
kena sentiasa berhati2 dengan org terutama org yg baru dikenali...
Kerana itu,
ReplyDeleteTiada salah berandai.
Ambil masa tika mengandai.
Lihat, Teliti, Fikir, Andai.
Dengan mengandai, fikiranmu kan jadi matang.
Kerana berandai, akan kau tahu suatu yang lain.
Lain apa? Lain bagaimana?
~Terpulang pada andaian si pengandai.