Di petang yang indah ini, saya ingin tinggalkan cerita serius dan menyesakkan minda. Kita akan bercerita tentang sesuatu yang lebih Relaxxx.
Ceritanya bertajuk, "Cerita Melayu".
Ya, Cerita Melayu. Cerita ini biasa 'kita' tonton di kaca TV di mana-mana jua tidak kira di rumah, restoran, pejabat, dalam kereta mahupun dalam tandas.
Kebanyakan kawan saya (yang sudah kenal lama dengan saya) memang sedia maklum dengan tabiat saya yang amat amat tidak suka menonton Cerita Melayu ini. Izinkan saya berikan beberapa sebab:
1. Rumah besar lambang kekayaan
Sama ada 'kita' perasaan atau tidak, kebiasaannya dalam cerita ini, rumah yang digunakan adalah Rumah Banglo Besar yang menunjukkan status kekayaan orang di dalam cerita tersebut. Amat jarang sekali set pengambaran diambil di rumah biasa melainkan jika mahu menunjukkan rumah para penjahat ataupun rumah si orang gaji.2. Kereta berjenama
Tidak cukup dengan itu, kereta para pelakon dalam cerita tersebut terdiri daripada kereta berjenama terkenal seperti BMW, Mercedes Benz, Volkswagen, Ferarri, Porche dan macam-macam lagi. Pertanyaan saya, tidak adakah kereta buatan tempatan kita sendiri? Jika kita perhatikan cerita luar negara contohnya cerita dari Perancis, mereka akan menggunakan kereta mereka sendiri iaitu Porche dalam keseluruhan kereta dan jika cerita itu dari Jepun, mereka lebih selesa memilih kereta buatan Jepun.3. Jalan cerita sama.
Terlalu banyak sekali cerita-cerita ini menampilkan jalan cerita yang hampir sama. Sama ada:a.) 2 orang anak yang baru (atau akan) kematian ayah dan merebut kekayaan si ayah. Perbezaan dalam kebanyakan cerita ialah bagaimana si hero menangani konflik tetapi kesudahan, sama semuanya.
b.) 2 orang yang berlainan sifat dan saling jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain rupa-rupanya adalah adik beradik.
c.) Anak orang kaya yang cuba menjadi orang miskin dengan cara bekerja seperti orang miskin. Cuma baju dan perangai mereka tetap seperti si kaya.
d.) 2 orang lelaki berebut seorang wanita. Permulaan cerita wanita ini terpikat dengan lelaki pertama tetapi pada akhirnya dia terpikat pada lelaki kedua.
e.) 2 orang wanita berebut seorang lelaki. Lelaki ini sudah mengaku akan taat setia dengan wanita pertama (walaupun wanita pertama jahat), tetapi pada akhirnya wanita kedua akan berjaya memiliki lelaki tersebut.
Cukup hanya dengan 3 alasan kuat ini menyebabkan saya sudah muak, jemu dan bosan untuk menonton cerita Melayu. Jika pun saya menonton cerita ini pada kemudian hari kelak, ianya tidak lain hanya untuk:
1. Membuang masa dengan menonton sesuatu yang memang bersifat 'membuangkan masa'
2. Menjaga hati mereka yang mengajak saya menonton
3. Terlupa bayar bil Astro dan pilihan yang tinggal cuma RTM1, RTM2 dan TV3.
saya suka tengok katun yg mudah2 (doremon, hagemaru, shinchan, mr.bean dan cerita2 yg boleh buat saya ketawa tanpa berfikir lebih dan saspen lebih) dan cerita khayalan indon..hihihi....
ReplyDeletewah...
ReplyDeletekartun2 tu dah ok...
tp cerita indon??? hmmmmmmmmmmmm.........
yup! best ba cerita khayalan indon
ReplyDeletebawang putih bawang merah
putera katak
gadis melawan gergasi
dll
kan kan kan ^_^