Saturday, 21 May 2011
~aR~: Selamat Hari Lahir Sayang (= 21 MEI 2011
~aR~: Selamat Hari Lahir Sayang (= 21 MEI 2011: "Selamat Hari Lahir yang ke 26th sayang.. 21 Mei 2011 sehingga hari ini dan selamanya um akan terus mencintai sayang. Hadiah hari lahir sayan..."
Friday, 6 May 2011
Terima Kasih Ibu, Terima Kasih Ayah
"Selamat Hari Ibu, ibu"
"Selamat Hari Ibu, emak"
"Selamat Hari Ibu, ummi"
"Selamat Hari Ibu, mama"
Hari Ibu bakal menjengah.
Jujurnya, saya tidak pernah menyambut Hari Ibu. Begitu juga dengan Hari Bapa. Bukan tidak mampu, tetapi lebih kepada tidak mahu. Walau begitu, saya tidak pernah menghalang sesiapa yang mahu menyambutnya. Asal saja ia dibuat mengikut ajaran Islam.
Pada saya, Hari Ibu (dan Hari Bapa) tidak sepatutnya ditetapkan pada satu tarikh sahaja. Ia sepatutnya jatuh pada tarikh hari lahir kita sendiri.
Payah? Pelik? Fikir seperti ini; mungkin kita pernah TERlupa atau sengaja lupa tarikh Hari Ibu atau Hari Bapa, tetapi pernahkah kita lupa atau buat-buat lupa tarikh hari lahir sendiri? Walau macamana sibuk atau pelupa sekalipun kita , takkan pernah kita lupakan tarikh keramat tersebut. Jika anda pernah TERlupa, jaga-jaga. Mungkin tandanya anda sudah tua.
Apa rasional pemilihan tarikh tersebut? Jawapannya mudah; kerana pada hari itulah Ibu dan Bapa kita sah menjadi seorang "Ibu" dan seorang "Bapa" kepada kita. Perhatikan betul-betul penghujung ayat tersebut; "kepada kita". Ia bermaksud, selepas mereka menjadi Ibu dan Bapa kepada (mungkin) kakak atau abang kita, pada tarikh kelahiran kita mereka telah menjadi Ibu dan Bapa kepada kita.
Jadi, pada setiap hari lahir kita, ubahlah tradisi lama. Daripada membelanja kawan-kawan, menghabiskan duit untuk sesuatu yang tidak berguna (dengan alasan 'menghargai' diri), membalas ucapan 'Selamat Hari Jadi' di Facebook dan lain-lain lagi amalan "kuno" adalah lebih baik sekiranya kita melakukan sesuatu yang lebih istimewa kepada Ibu dan Bapa sendiri.
Diikutkan logik akal, adalah tidak munasabah sekiranya pada hari Ibu sendiri bertarung dengan maut dan pada tarikh Bapa kita risau berpeluh menunggu kehadiran kita ke dunia, kita sambut dengan hilai tawa dan perasaan gembira. Di mana logiknya? Tidak sayangkah kita kepada mereka?
Kesimpulannya, ubah tradisi kita. Pada tarikh hari lahir kita, seboleh-bolehnya sambutlah ia dengan Ibu dan Bapa sendiri. Senangkan hati mereka dan hiburkan mereka. Lain orang, lain cara. Anda lebih mengenali Ibu dan Bapa sendiri. Seandainya mereka telah pergi sebelum kita, ringankan tangan memohon doa buat mereka.
Pesanan terakhir, seandainya kita terlalu malas (atau segan) berterima kasih secara berdepan, taip SMS dan hantarkan ucapan ini kepada mereka;
"Ibu, Ayah, terima kasih. Terima kasih atas segalanya".
Subscribe to:
Posts (Atom)